PSSGM Gelanggang Singa Berantai BANGSAR

Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang

Wednesday, August 7, 2013

DENGAN BISMILLAH MULA DIKATA





PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA
GELANGGANG SINGA BERANTAI BANGSAR




PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI




Diasaskan olih Allahyarham Cikgu Said bin Ghaffar pada tahun 1971 dengan keahlian seramai 70 orang diantara murid-muridnya terawalnya di Gelanggang tersebut ialah Cikgu Mat Tahir Jasmani, Cikgu Kamaruddin bin Idris, En Salim bin Miswadi, En Yaacob bin Minhat, En Zainal Abidin, En Saferi, En Ramli bin Ahmad, En Musa bin Abdul, En Hashim bin Jaafar, En Ariff, dan En Alias bin Adam dan lain-lain lagi. Gelanggang tersebut diberi gelaran pada asalnya,
"Gelanggang Harimau Singa Berantai " olih Allahyarham Dato' Meor Abd Rahman bin Daeng Uda Hashim pada 04 Sep 1972 kerana ketangkasan dan keberanian pesilat-pesilatnya dalam menunjukkan permainan yang luar biasa dan mengerikan samada sewaktu latihan ataupun demonstrasi, persis se ekor Singa yang sedang bertempur. Oleh kerana gelaran tersebut dirasakan tersangat hebat, maka Allahyarham Cikgu Said Ghaffar hanya mengambil "Singa Berantai"  sahaja untuk digunapakai dan didaftarkan atas nama  "Gelanggang Singa Berantai" BANGSAR dan telah dirasmikan olih Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Yang Berbahagia Raja Azlan bin Raja Ismail pada 13 April 1974. Gelanggang Singa Berantai BANGSAR merupakan Gelanggang yang pertama di Selangor diberi gelaran olih Allahyarham Dato Meor Abd Rahman. Gelanggang ini menjadi favourite Dato'Meor Abd Rahman. Pada tahun 1975 kemasukan ahli-ahli baru yang didalam anggaran 25 orang ke Gelanggang Singa Berantai. Diantara mereka itu ialah Cikgu Abd Rahman Ishak, Cikgu Rameli Manap dan Cikgu Zainuddin Idris. Peringkat Ke tiga kemasukkan ahli baru adalah pada tahun 1978. Diantaranya ialah Cikgu Abdul Hadi Abdullah, Cikgu Abd Maulud Idris, En Raduan Abd Rahman dan En Baharuddin Idris. Ramai lagi selepas itu yang masih begayong hingga kini. Diantara mereka ialah Cikgu Nurazman Mukhtar, Cikgu Omar (Allahyarham) telah meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya pada tahun 1990, Cikgu Mazlan dan lain-lain lagi.
Dato' Meor Abd Rahman pula Setiap kali apabila beliau datang ke Kuala Lumpur pasti akan datang melawat Gelanggang ini. Secara kebetulan pula Cikgu Said bin Ghaffur adalah merupakan anak angkat kapada Dato' Mahaguru Meor Abd Rahman sendiri. Sehinggalah pada tahun 1978, Cikgu Said bin Ghaffar telah terlibat dengan kemalangan jalanraya di Filipina semasa menjalani kursus Inspektor Pos. Jenazah allahyarham telah dibawa pulang dengan penerbangan MAS dan dikebumikan di tempat kelahirannya Peradong, Jelebu Negeri Sembilan. Pemergian Allahyarham Cikgu Said Ghaffar merupakan kehilangan kepada PSSGM khasnya kepada Gelanggang Singa Berantai BANGSAR . Gelanggang tersebut ibarat anak ayam kehilangan ibu, Sehinggalah pada tahun 1979 Dato' Mahaguru merasakan perlu untuk memberi suntikan dan semangat serta perangsang kepada anak-anak Gayong Gelanggang BANGSAR. Dengan itu Dato Meor Abd Rahman telah membawa seramai 15 orang anak-anak Gayong dari Gelanggang tersebut untuk mengadakan satu demontrasi besar-besaran selama 2 hari 3 malam di Kem Wataniah Tentera Darat Pengkalan Cepa Kelantan dibawah pembiayaan Kol (B) Zamzam Dato' On. Diantara anak Gayong yang terlibat dalam demonstrasi tersebut ialah Cikgu Mat Tahir Jasmani, Cikgu Kamaruddin Idris, Cikgu Yaccob Minhat, Cikgu Musa Abdul, Cikgu Salim Miswardi, Cikgu Hashim Jaafar, Cikgu Abd Rahman Ishak, Ramli Manap dan lain-lain lagi. Permainan yang dipertunjukan ialah Lompatan, Pentas Tangan Kosong, Seni Simbat, Seni Pisau, Seni Keris dan berjalan atas bara api.Gelanggang Singa Berantai BANGSAR tetap meneruskan perjuangannya mengembangkan Silat Seni Gayong, bak kata perpatah " Membujur Lalu Melintang Patah, Namun Ku Daki Ku Daki Juga".
Pada tahun 1988 pihak Jabatan Keretapi (KTM) telah mengambil tapak gelanggang tersebut untuk pembesaran jalan keretapi, maka Ahlijawatankuasa gelanggang telah cuba mencari tapak untuk gelanggang baru dan pada tahun 1990 membuat permohonan dari pihak JPM (Jabatan Perdana Menteri) untuk menggunakan sebidang tanah dikawasan perumahan JPM Jalan Ang Seng 5/6 untuk dijadikan gelanggang. Alhamdullilah permohonan tersebut telah mendapat kebenaran dan kelulusan dari pihak JPM. Hasil dari gotong royong dan titik peluh ahli-ahli nya maka Gelanggang Singa Berantai bangun semula di Jalan Ang Seng 5/6 Brickfields.
Pada tahun 1991 gelanggang Singa Berantai yang didirikan diatas tapak yang baru telah dirasmikan semula olih penaungnya yang pada masa itu Ahli Parlimen Lembah Pantai, Yang Berhormat Dato' Mohammed Kamal bin Mohammed Husain. PPN, AMN, DSSA, PJK. Gelanggang Singa Berantai sehingga kini masih lagi meneruskan amanah dan perjuangan Allahyarham Dato' Meor Abd Rahman dan Cikgu Said bin Ghaffar.
Gelanggang Singa Berantai BANGSAR dengan bimbingan Waris Amanah Mutlak, Cikgu Siti Kalsom bt Meor Rahman bergerak terus mengembangkan Silat Seni Gayong walaupun dengan ketiadaan Cikgu Said dan Dato Meor Abd Rahman.
Peneraju yang kini memimpin Gelanggang Singa Berantai, adalah murid awal Cikgu Said Ghaffar iaitu Cikgu Mat Tahir bin Jasmani dibantu oleh barisan Gurulatih Kanan yang lain Cikgu Abd Rahman bin Ishak dan Cikgu Nurazman bin Mukhtar.

              Pada  01 Jun 2013 Gelanggang Singa Berantai Kini Telah Berpindah ketapak yang baru bertempat PPR, Flat Bandaraya Cheras Jalan Lapangan Terbang Lama, Kuala Lumpur berdekatan dengan TUDM Kuala Lumpur.   
Tenaga Pengajar kini ialah Cikgu Nurazman bin Mukhtar dan Penasihatnya ialah Cikgu Mat Tahir bin Jasmani. 
                     Kepada anak-anak Gayong yang ingin menjalinkan siratulrahim, bolehlah berhubung dengan Cikgu Nurazman di No Telefon 012 6135102 atau En Hafandee No Tel 017 3069525 atau email kepada Sendo59@gmail.com.